Monday, July 28, 2008

kurang mantop kali nie

Salam semua.....kali nie aku nak citer program yg jabatan aku lakukan,kalau sebelum nie aku selalu memuji program di jalankan,tapi kali nie kurang memuaskan peserta2 seprti kami,banyak yg buat kitorang rasa tak puas hati.Urusetia sendiri tak melibatkan diri,mereka hanya melepaskan kami melakukan keja tapi mereka sendiri tidak menjadi penunjuk arah(pantau),tercari-cari kami sendiri....macam binatang dilepaskan di tgh kota melilau cari jalan.Paling tak menarik bila kumpulan aku mendapat mamat seorang yang kerekkkk giler,naik angin tak bertempat,kami yg menjadi mangsa keadaan,paling kami ilang sabar bila dia drive laju giler di jalan bengkang-bengkok.....kami semua panik giler sampaii ada yg pening....so bila sampai di destinasi kami buat keputusan,reject terus dia dr kumpulan kami tanpa pengetahuannya.Semua pakat berpecah menjadi kumpulan kecik bagi memudahkan keja,so 2 buah keta digunakan(keta persendirian) menuju destinasi seterusnya.Baru la rasa aman dan tenang untuk melakukan keja,semua pakat mengeluh dgn mamat kerekkkkk tu......Perangainya yg giler tu boleh menyebabkan kami semua boleh kehilangan nyawa.

Tengahari balik makan.....terjumpa la dengan mamat kerek tu......dari jauh dia dah melenting,terjerit2 marah kami kerana tak beritahu dia ke mana kami pergi.....kami semua buat tak reti je....benggang betul dia,muka mcm udang bakar hehehhe aku yg tengok bukan nak marah tapi nak tergelak,tgk mimik mukanya tahan marah kah kah kah kah
Geng2 lelaki saja tak nak menjawap takut akan berlaku pergadoh besar,mereka pun hampir hilang sabar dengan mamat kerek tu.Persengketaan kami diketahui urusetia walaupun kami belum mengadu pada mereka,mamat kerek tu yg mangadu terlebih dahulu......Kesudahannya mamat kerek tu di reject oleh urusetia sendiri,so kami diganti dengan orang lain.....baru semua rasa hapiiiiiii nak buat keja.

Petang tu balik je ke rumah, masing2 dari kumpulan lain pun rasa tak puas-hati dengan penganjur yg tidak terlibat langsung dalam konvoi cari-cari nie.....maka byk yg buat keja tak ikhlas termasuk aku la,lagi tambah tak ikhlas bila keja yg kita coba buat dengan baik tak dihargai.....bila ada kesilapan yg kitorang buat di tegur dengan kasar,mcm kita tak reti langsung buat keja....walhal kami semua hanya datang untuk membantu mereka saja.Semua pakat dah serik nak datang lagi kalau ada apa2 anjuran sebegini.....layanan yg diterima cukup mengecewakan.Bila kita syorkan daripada pemerhatian kita sendiri di tempat kejadian,mereka pertikaikan pula...ada saja yg tak kena,kalau begini lebih baik baik mereka buat sendiri keja,jgn minta pertolongan orang.Waalupun kami masih fresh tapi kami tahu juga serba-sedikit,tak semestinya orang lama berpengalaman takder buat silap,sedih ngak bila pertolongan kurang dihargai.Ramai kekwnku yg kecewa dengan program kali nie.Dari setiap pelusuk daerah turun nak bantu keja mereka,tapi layanan yang kami terima kurang memuaskan,kuciwa betoiiiiiiii........ petang penutup ramai yg terus je balik, tanpa makan terlebih dahulu(mknan disedia penganjur)......sebelum balik aku sempat ingat kat kwnku yg masih benggang dgn penganjur supaya ati2 drive keta hehehehehe......Sebenarnya program sebegini cukup baik untuk merapatkan silatulrahim kakitangan dari setiap daerah,nie program kedua.....program pertama dahulu mmg cukup besh,semua staff terlibat...sonok sgt,hapi je buat keja.......Tapi program kedua nie cukup mengecewakan.

* sempat lagi aku menjemput kekwn datang ke ari bersejarahku nati....pelbagai soalan bertubi-tubi drp mrk aku kena jawap hehehehe :)

Friday, July 25, 2008

Syukur

Dalam minggu nie aku bz di opis dengan meeting dan pelbagai aktiviti yg akan di jalankan.Bos pun sibuk aku tgk bos kesian terkejar sana-sini,tapi still senyuman terukir di wajah.......manis beb(kacak gitu) walaupun umornya hampir penghujung 40an,very good bos....susah nak tengok dia marahkan staff,dia lebih suka bermusyawarah dlm menyelesaikan apa-apa.Walau sibuk macamana pun bila ada staff perlu advisednya tak pernah dia tolak,sebaliknya terus bagi respon.....mendengar dgr penuh minat.Minggu depan bos akan bertukar ke tempat baru,sedihnya aku dengar....hilang la satu permata di tempatku,tapi kami perlu Redha...bos pun dah lama bertugas di sini,dah banyak bakti dan ilmu dia curahkan di sini....Harap2 lepas nie aku mendapat bos sebaiknya juga......

2 hari sebelum nie kawan dari tempat keja lama,beritahuku bos lamaku nak balik kg dan menetap di sana.Dia tanya aku tak nak ziarah bos buat kali terakhir ka?Mesti la nak.....tapi tiba2 opis ku ada buat aktiviti pada ari cuti...aku sedih sgt....so tak jadi la aku nak balik ziarah bos......esoknya sorang lagi kawan tempat keja lamaku beritahu hal yg sama,dia beritahu bos ada dtg ke pejabat tapi mmg tak sihat lagi.....terpaksa dipapah semasa berjalan,bercakap pun tak bermaya.....sebaknya aku dengar...dlm ati tuhan je yg tahu betapa nak sangat aku pulang ziarah bosku......mood aku ari tu mmg out terus,senyap je......12 tahun aku bekerja bersama-sama bos aku nie.....byk pengalaman dan tunjukkan ajar yg aku dapat,bos aku nie tak reti nak marahkan orang,kekadang bos2 dari departmant lain yg byk mainkan bos bagi keja yg sepatutnya mrk buat sendiri kpd bos,tapi bos tetap sabar....cool je.....kami anak2 buahnya yg selalu geram dan marah bila bos diperlakukan begitu,tapi bos tenang je
bos aku nie selalu menjadi rujukan dalam pelbagai hal.....aku selalu minta nasihatnya dlm bab kesihatan,bab agama bos mmg terer bab nie,kekdg bila kita beritahu sesuatu...dia akan usaha carikan dan tolong selesaikan masalah kita...susah nak dengar bos tolak permintaan sesiapa.Sebelum aku berhenti keja pun aku ada ziarahnya di rumah( bos sakit),aku ingat lepas nie pasti bos akan masuk keja semula tapi bila dengar biter terkini mmg terkejut betoiiiii dekat 8 bln bos masih sakit2.Di sini bos mmg sebatang-kara bersama anak-isteri je.....adik-beradiknya semua tinggal di selatan.....sedih la tgk sampai ada anaknya yg tak sempat lagi daftar masuk sekolah darjah satu sebab masalah kesihatan bos menyukarkannya mengurus hal anaknya...isterinya dgn anak kecik...mmg sedih sgt tengok...tapi bos tetap tenang dengan ujian Allah pada diri dan keluarganya.

Aku bersyukur sangat...alhamdulilah petang tu kwn2 opis baru ku beritahu aktiviti pada ari cuti cancel....aku gembira sangat,syukur tuhan mendengar rintihanku.....dlm kepala otakku hanya pikir nak balik kg,ziarah bos.Mlm tu aku berborak dgn adik serumah ttg hasratku nak balik kg dan ada keja seminggu di sana.Dia siap tawar diri nak hantar aku pagi tu...tapi aku mmg kalu boleh tak nak susahkan sesiapa....maklum cuti2 nie mesti la adik tu nak bangun pagi lewat sikit hehehehe....(mcm aku ) so aku tolak hasrat murni nya nak tolong antar aku(tak nak susahkan dia)......

(Keesokannya)Tup tup tup......tengah aku sibuk bersiap,aku pun tak sedar dia dah bangun,dia panggil namaku dia tanya aku nak pegi dah ka?dia pun dah siap nak antar aku....alahai baiknya bertuah tul aku dapat adik2 serumah yg baik dan rajin memasak hehehehe....selalu kalau cuti minggu aku dgn adik serumah pegi pasar....so kami masak bersama(ari keja jarang masak) so time cuti la nak tunjukkan kepakaran masing2 hehehhe tak ada la sebenarnya nak jimat dan malas nak kuaq makan luar.Itu motif sebenar kenapa kami suka masak pada ari cuti hehehehe bila dah abis masak kami akan mkn bersama sebelum tu siap pesan kat 2 org adik serumah lagi yg keja balik mkn di rumah....sonok mcm satu keluarga rasanya.Tapi minggu nie tak dapat la aku masak dgn mereka......
Pagi nie tiba2 rasa sebak dan sedih pula bila tingat nasib bos aku tu......sampai je aku kat kampung..terus aku contact kekwn,aku nak joint dgn mrk nati ziarah bos.Aku bagitau kekwn jumpa kat umah bos nati......sonok sangat dapat berkumpul bersama,bos nampak hapiiii tgk kedatangan kami.....maklum kebanyakannya anak buahnya nie dah keja kat tempat lain so bila jumpa dan berkumpul begini mmg teruja sgt.Kebanyakkan kwn2 ku bawa anak masing2 hehehehe aku dgn sorang yg masih single asyik dok kena buli hehhehe bos sonok bila dgr aku nak !!!!!.tapi dia hanya dapat doakan la...nak hadir nati mungkin susah kot...aku paham.Actually bos aku nie mmg suka sgt dok kat negeri nie sebab tu tak pernah dia terfikiir nak balik kg nya....katanya di sini tak sesak dan tak sesibuk kotaraya.......tapi bos terpaksa pulang juga akhirnya setelah 15 thn di sini disebabkan kesihatannya."Bos besar" di opis lamaku pun masih offer bosku balik keja semula nanti kalau dah sihat,mmg company akan kehilangan besar pekerja yg cukup rajin,jujur,amanah dan boleh katakan sifat2 mahmudah mmg ada la pada bos aku nie.....sukar mencari bos sebegini kalau ada pun mungkin 3 org dlm sejuta...jujur aku katakan aku mmg terasa sangat kehilangan bos sebaiknya.Sebelum balik pun kami semua berharap sangat bos akan pulang menetap semula disini,aku pun berharap bos dpt hadir di hari bersejarahku...walaupun itu mungkin mustahil bos dapat lakukan,tapi bos tetap berkata Insya-allah..........dari sinar matanya mmg terpancar kesedihan kami pun sedih sebenarnya......bos tak pernah lopa kwn2 aku yg lain,semua org dia tanya.......Begitu ngak kwn2 aku yg tak dapat hadir ari tu semua pakat dok tanya bos mrk pun sedih tak dapat berkumpul bersama ziarah bos.

*bos dgn pamilynya bertolak pulang ke kg keesokan harinya selepas subuh.Doaku semoga mrk selamat sampai ke destinasi.Amin.

*selama aku bekerja.....aku bersyukur sgt dapat bos2 yg baik.Setakat nie dah 3 bos.Coming soon aku akan dapat sorang lagi bos....belum tahu lagi mcmana orgnya,moga bos baru nati seperti bos2 ku yg terdahulu.Amin.

Monday, July 14, 2008

pertemuan

continue........

Tadi aku taip blog dan chat kat cc sementara tunggu nak jumpa kwn lama yg kuar rehat kul 1,aku bukannya tak boleh window shopping,tapi ntah rasa takder paedah la melilau takder tujuan so baik aku dok satu tempat,ada benda yg aku blh buat hehehhe.......

Aku lunch dengan kawan sesambil bertanya-kabar,soalan pertama dia tanya " knp nampak seqoh sangat? " aku dah agak dia akan tanya gitu sebab tgk dia pandang aku semacam je......aku hanya tersenyum je.Ada yg suggest aku makan la vitamin biar badan naik sikit dan nampak segar , tak la nampak letih je. Tu la baru2 nie aku dengan geng umah p main boling,ntah kenapa rasa tak laqat je....dalam tak laqat pun kami main dekat 7 game,ada 2 game lagi kami tak main.......semua pakat surrender hehehehhe balik umah semua pakat lenguh2 kaki tangan hahahahaha tapi mmg menyeronokkan sekali-sekala berkumpul bersama......hilangkan tekanan bekerja seharian.

Sekarang nie semuanya yg aku lakukan bersendirian kalau tak aku berteman kekwn,sebab tu kot aku menjadi malas nak buat persiapan.....maklum zaman sudah berubah,kekwn pun dah banyak berhijrah,nak jumpa mereka bukannya mudah....kalau ada rezeki jumpa la.Semalam adik satu jabatan denganku sms,dia tanya kalau aku kena juga kursus nati,bila aku jawap takder pun dia mula kuciwa,maklum selalunya kalau ada kursus kami kena bersama dan dia mmg kalau boleh nak aku temankan hehehehe katanya aku bg dia lebih bersemangat mjalani kursus hehehhe minah nie kalau bab merapu cukup pandai,tapi aku mmg cukup terhibur kalau berkursus jumpa dengan mereka.

Cuti aku setiap ari terisi dengan aktiviti padat dan kena mengeluarkan duit.....alamak pokai la aku sebelum waktunya,waduh2 terpaksa la posa hehehehe mmg elok pun posa bulan rejab nie.....aku kalau bab mkn kat umah tak perlu risau sangat,adik2 umah mmg rajin memasak....kekadang aku yg jadi malu,sebab aku banyak makan je dari memasak,maklum aku kalau balik keja letih.....sanggup tak makan,tido jadi keutamaan lagi.

Sunday, July 13, 2008

keliru

Aku cuti 3 ari nak siapkan apa yang patut...setiap ari aku kuar...rasa badan nie letih banget,tapi nie je masa yang aku ada,kelmarin lepas siap urusan rasmi,aku p opis lama jumpa kekwn...lps rindu sambil luahkan hajat dihati.Rata2 kawanku terkejut,mana taknya tiba2 je aku buat keputusan gitu....ramai macam tak percaya.

Aku masuk ke bilik lamaku,tiada perubahan meja dan semua peralatan seperti biasa,kwn sebilikku pun cakap aku tak berubah mcm tu je dari segi perwatakan dan keseluruhannya.Bagi aku takder apa yg aku nak ubah,penampilan bukan main peranan penting pun,kalau nak berubah pun, biar la pemikiranku yg dulu agak tertutup,sekarang makin terbuka sikit dan aku berharap perubahan nie untuk kebaikanku unt menghadapi dugaan diluar sana yg makin mencabar. Ala sedih la aku tgk kwnku terpaksa buat keja sorang2,dia belum dapat pengantiku,katanya byk yg datang interview tapi tak layak la......susah nak cari macam aku katanya.....terdiam aku.Aku pun rindu suasana dlm bilik nie,kekwn baruku tak sama dgn kekwn lamaku.Jika aku bersedih kat tempat baru kekwn lama la yg aku inggati.......beza betoi perwatakan kekwn baru dgn kekwn lamaku........

Ntah knp sekrang aku rasa mcm tak nak jeeeee.......aku rasa mcm ati aku tak tenang untuk hadapi sesuatu yg baru nanti.Adakah nie naluri biasa setiap org??Ntah rasa tak sonok je sekarang,aku dah semakin pendiam,muka pun serius semacam.....ntah la......kdg2 rasa tak nak lalui semuanie,tak nak berubah dan tak nak mulakan sesuatu yg baru.....uwaaaaaa knp penakut sangat nie,yg pasti aku semakin sensitif dan cepat marah.....uwaaaaa aku nak tak jadi mcm nie......

Friday, July 11, 2008

pelbagai!!!!

Dah lama aku tak tulis blog.....hanya di umah je aku taip blog,di tempat keja susah skit...sebab aku tak punyai komputer lagi masih berkongsi. Bila berkongsi nie tahu la kena tunggu turn kekadang memakan masa...nie menyebabkan keja tak seperti diharapkan,tak berjalan-lancar......Pihak atas hanya tahu semuanya nak cepat dan mesti siap dengan cepat...apa yang berlaku mereka tak amik pusing.

Paling tertekan bila apa yg kita lakukan ada saja tak kena......kekdg tak paham dengan apa yang mereka hendakkan,yg mereka harapkan semuanya mesti sempurna,tiada cacat-cela....fikir la bukan semua boleh buat seperti yang diharapkan,pasti ada kelemahan setiap orang.Jangan hanya tahu mencari kelemahan orang dan jangan suka menghukum orang........

Aku lagi tak paham dengan manusia disekeliling ku sekarang,banyak yang bermuka-muka....mmg berbeza betoi manusia yg aku kenal dulu dgn manusia yg aku kenal sekarang.....aku seperti mengalami kejutan budaya,aku terpaksa mengambil masa yg agak lama untuk coba mengenali hati setiap dari mereka.....Aku berharap sangat mereka dapat menerima diriku seadanya,tiada apa yg aku harapkan cuma ketelusan dan kejujuran dari persahabatan yg terjalin,bukan senang bekerja kalau idop sentiasa dalam kekeliruan dengan persekitaran yg tak harmoni.....Bukan tidak boleh berterus-terang tapi biar la bertempat dan cuba la kawal emosi kalau nak marah seseorang atau nak menegur seseorang.....di sini susah nak mencari manusia yang tahu menghormati dan pandai menjaga hati sesama manusia,mungkin mereka ikut cara ompotih berterus-terang bila rasa tak puas-hati....tapi fikir la manusia mana tak bersedih kalau di aibkan tidak kira masa dan tempat. Di tempat baru nie aku mmg perlu lebih berhati-hati dlm percakapan dan perbuatan,kekadang gurauan pun dianggap serius dan benda yg serius dianggap gurauan.....fening2****

Aku sekarang letih tahap maksimum dah...tapi ada ati juga nak berposa...konon tak nak terlepas sambut bulan Rejab.....1 Rejab awai pagi aku alami kemalangan ,aku jatuh motor di atas bukit........ntah kenapa aku nak juga lalu jalan tu walhal jalan tu masih baru bagiku.....tgh2 bawa motor tiba2 aku tersedar aku tersilap jalan so konon nak pusing balik,ntah macamana aku tak dpt mengawal motor dengan elok so aku terjatuh...nasib baik tiada kenderaan di belakangku.....motor menimpa kakiku....aduh la sakit bukan main lagi....kebetulan keta polis ronda yg memotong motorku sebentar tadi sedar aku terjatuh,mereka yg membantuku......aku alami luka2 sikit kat kaki....sikit2 pun darah byk juga la...maklum kaki terkena jalan tar....terkeluar kulit....pedihnya,tapi aku teruskan juga destinasi seterusnya....kalau tak kerana ada kursus,nak je aku terus balik hehehehehe aku nie jenis tak tahan sakit hahahha tapi sebab ada kursus buat selamba je laaa....side mirror motor ku pecah sebelahhhhh,lps abis je kursus untuk petang tu aku terus bawa motor ke kedai,baiki apa yg patut.....waktu tu baru aku teringat keluarga,kekwn2 yg jauh di mata......baru aku terasa sangat kehilangan bila idop berjauhan begini.
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hanya tuhan je mengetahui is hatiku ketika itu.

Friday, June 13, 2008

Mekap & Kosmetik

Bila aku ingat balik masa majlis tempohari,aku pasti tersenyum sendirian......apa taknya masa itu la first time aku disolek,actually aku mmg tak minat langsung dengan mekap nie,tapi kerana majlis nie special so aku turut je kehendak pamilyku.Sapa lagi pakar mekapnya kalau bukan adik aku sorang nie,dia nie mmg hantu mekap...kalau tunggu dia bersiap nak pegi kemana-mana sampai aku kdg2 naik angin....lama sih,bayangkan 3 beg kecil barang mekapnya.......Kalau pegi shopping complex dgn dia tempat wajib dia singgah mesti la tmpt alat solek,kalau dengan aku dia tak berani la beli brg kosmetik,tak nak dengar aku berleter........Adik aku nie kalau beli bukan nya murah semua ratus2 ringgit tapi tgk muka mcm tu ngak.....tiada perubahan pun,bila aku tegur jawapnya "ntah rasa satu kepuasan bila dapat guna barang nie".Aku dulu sampai kekwn buat permintaan nak lihat aku bersolek,kejap pun jadi la....tapi selalunya aku bagi alasan " tunggu la nati aku kawin,aku nak mekap just for hubby je"hehehehe.........
Jwp kawan2ku "baik kita tunggu dia kawin,tak panggil kenduri jaga dia"dia tak panggil kita serbu datang ngak"
hahaahhaha.........Masa majlis tempohari aku tak abis2 dileter adik kerana byk sangat komen pasal mekap nie,ada saja yg tak kena hehehhe sampai majuk adikku sorang nie....sori la aku mmg tak biasa dgn semua nie..... Bila aku ikut kekwn p membeli-belah pun aku tak teruja langsung bila tgk mereka membeli alat-solek.....aku lebih berminat lihat camera2 terbaru,buku2 terkini.......sanggup abiskan masa berjam-jam belek buku2 daripada belek alat-solek atau baju2.......kasut or baju kalau aku nak beli sangat baru la aku bagi tumpuan kalau nak survey je itu kena ikut mood aku ngak......aku lebih suka kalau nak beli sesuatu terus je beli hehehehe.....sebab tu aku jarang sangat keluar shopping dgn adik dan cousin2ku,mereka kalau bab window shopping cukup mau.....letih banget kalau ikut mrk.....mmg stamina kena kuat la kalau nak ikut mrk,kalau tak larat baik cancel je.......hahaha

Thursday, June 12, 2008

minggu nie

Selama beberapa ari ujan setiap ari so aku hanya lepak kat opis.....mati kutu ngak la maklum selalu keja aku byk kat luar.....kalau dalam nie byk tima klien je.......kalau kena klien ok sonok lerrr kalau yg jenis berangin hehehhe sabar sabar sabar......kalau tak tahan ngak aku terus je masuk dlm malas dok dpn kaunter lelama.....maklum klien nie pelbagai so piil pun aduh2 byk laaaaaa.....

Rabu aku dgn kekwn buat keja luar...mmg sonok dgn pelbagai ragam kekwn cari umah klien termasuk aku la hehehe byk yg bagi plan umah mcm mudah nak cari......walhal indah dari khabar...puas pusing mencari...kalau jenis bebal dah lama balik mcm tu je hehehehehe....dlm penat dan letihhhhh.....cari punya lama tapi interview klien kjp je...ada kekwn ku amik kesempatan mkn buah-buahan yg terdapat area umah klien hehehhe lapaq beb letih mencari hahahha.......lunch kitorang mkn kat satu warung tepi jalan sedap giler ikan bakarnya patut ramai org,harga pun murah hehehe ada peluang aku nak mkn lagi maklum itu kwsn aku..........

Khamis aku ada tugas kat perak......pagi tu aku bawa seorang budak nak kena hntr ke Perak...dlm bot tertiba bot beralun tak berhenti2,ombak kuat dengan tertiba ujan lebat....adik tu sampai muntah2 nasib baik sku stand by plastik....kalih kiri tgk ada beberapa org lagi muntah ngak....aku mula rasa meloya ngak tapi nasib baik blh tahan hehehhe first time ku naik bot,ombak kuat gini...sampai beberapa kali bot dimatikan enjin.....Sebelum hantar adik nie kami pegi penang hntr seorang budak ngak,kalau tgk dari rupa parasnya tak macam bermasalah hehehhe cool giler.....kalau kita tanya x jwp byk ....angguk dgn geleng je hehehehe sabar sabar sabar letih sungguh berjalan jauh nie,tapi krn tugas teruskannnnnnnnnnnnn jua tapi dlm ati dok pk mcm2 bila tgk nasib budak2 nie....kekdg pk mslh yg depa tanggung nie tak sesuai dgn umor mrk yg masih kebudakan nie....mslh mrk bukan kecik tapi kekdg sampai aku sndiri x percaya begitu seriussssss nauzubillah.......aku tak menyalahkan mrk 100% aku kesian dgn nasib yg mrk alami..........Beberapa kali juga la kami berhenti mkn dan rehat hehehehe lewat mlm ngak aku sampai umah........