continue........
Tadi aku taip blog dan chat kat cc sementara tunggu nak jumpa kwn lama yg kuar rehat kul 1,aku bukannya tak boleh window shopping,tapi ntah rasa takder paedah la melilau takder tujuan so baik aku dok satu tempat,ada benda yg aku blh buat hehehhe.......
Aku lunch dengan kawan sesambil bertanya-kabar,soalan pertama dia tanya " knp nampak seqoh sangat? " aku dah agak dia akan tanya gitu sebab tgk dia pandang aku semacam je......aku hanya tersenyum je.Ada yg suggest aku makan la vitamin biar badan naik sikit dan nampak segar , tak la nampak letih je. Tu la baru2 nie aku dengan geng umah p main boling,ntah kenapa rasa tak laqat je....dalam tak laqat pun kami main dekat 7 game,ada 2 game lagi kami tak main.......semua pakat surrender hehehehhe balik umah semua pakat lenguh2 kaki tangan hahahahaha tapi mmg menyeronokkan sekali-sekala berkumpul bersama......hilangkan tekanan bekerja seharian.
Sekarang nie semuanya yg aku lakukan bersendirian kalau tak aku berteman kekwn,sebab tu kot aku menjadi malas nak buat persiapan.....maklum zaman sudah berubah,kekwn pun dah banyak berhijrah,nak jumpa mereka bukannya mudah....kalau ada rezeki jumpa la.Semalam adik satu jabatan denganku sms,dia tanya kalau aku kena juga kursus nati,bila aku jawap takder pun dia mula kuciwa,maklum selalunya kalau ada kursus kami kena bersama dan dia mmg kalau boleh nak aku temankan hehehehe katanya aku bg dia lebih bersemangat mjalani kursus hehehhe minah nie kalau bab merapu cukup pandai,tapi aku mmg cukup terhibur kalau berkursus jumpa dengan mereka.
Cuti aku setiap ari terisi dengan aktiviti padat dan kena mengeluarkan duit.....alamak pokai la aku sebelum waktunya,waduh2 terpaksa la posa hehehehe mmg elok pun posa bulan rejab nie.....aku kalau bab mkn kat umah tak perlu risau sangat,adik2 umah mmg rajin memasak....kekadang aku yg jadi malu,sebab aku banyak makan je dari memasak,maklum aku kalau balik keja letih.....sanggup tak makan,tido jadi keutamaan lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment